Friday, August 6, 2010

Mawaddah-Terimalah Taubatku

Tuhan terimalah taubatku yang tidak sempurna
Ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya
Tapi apakan daya
Ini yang kumampu
mempersembahkannya kepada-Mu

Telah kucuba sepenuh hati
Tapi masih tidak mampu sempurna
Aku harap dengan rahmat-Mu
Terimalah jua taubatku
Aku tetap tidak jemu
Kuteruskan walau tidak meningkat
Aku tetap istiqomah

Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
Pengampunan-Mu yang kuharapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau Engkau tidak membelanya

Aku kan hamba-Mu jua
Aku ciptaan-Mu juga
Kalau Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi
Kebesaran-Mu akan tetap sempurna
Ampunilah wahai Tuhan
Segala dosaku

Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
Pengampunan-Mu yang kuharapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau Engkau tidak membelanya

Aku kan hamba-Mu jua
Aku ciptaan-Mu juga
Kalau Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi
Kebesaran-Mu akan tetap sempurna
Ampunilah wahai Tuhan
Segala dosaku 3x

**tabahlah wahai teman Allah sentiasa berada di sisi hambanya yang sentiasa mengingatinya...jika kamu sedih menangislah ketika menghadapnya(ketika solat)..jika kamu gembira tadahlah tangan dan memunajad padanya...jika masih sedih hatimu gunalah pemberian Allah yg terbesar iaitu Al-quran...baca ia dgn suara mu yg merdu dan pelajarilah isi kandungannya dgn akal pemberian Allah...jangan lah kau mudah berputus asa dengan ujian dari Allah..sesungguh nya ujian itulah tanda kasihnya padamu..supaya kamu tidak lupa akan-NYA..

No comments:

Post a Comment